9/29/08

Aku kehilangan bayi...

Cahaya mata yang menjadi harapan dan penyeri kami tidak mampu untuk bertahan untuk lagi 7 bulan..suamiku bergegas mwmbawa aku ke klinik berhampiran ketika aku mengadu aku kesakitan dan ada pendarahan. Tetapi klinik tersebut menasihatkan suami ku agar terus menghantar aku ke hospital kerana aku keguguran. perutku memulas-mulas kesakitan sehinggakan aku tidak mampu untuk mendengar suara suami yang memujukku..aku menepis tanggannya yang memnyentuhku..aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan berzikir dan menyebut nama Allah tanpa henti-henti..sehinggalah aku dimasukkan ke unit kecemasan dan dimasukkan air ke tubuhku barulah aku tersedar yang aku telah diusung ke bilik pemeriksaan doktor..

setiap kali aku terkenang saat itu aku pasti mengalirkan air mata lebih-lebih lagi dalam sebulan kejadian tersebut berlaku..sebak.. rezeki untuk aku melihat cahaya mata ku lahir dengan sempurna berkecai tatkala pertama kali aku mengandung dan perasaan yang tidak dapat aku gambarkan ketika mengetahui aku dan suami bakal menjadi ibu bapa..tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. dan Dia lebih mengetahui kemampuan kami dalam melayari bahtera perkahwinan yang penuh cabaran dan dugaan yang tak henti-henti menghujani kami..