4/7/08

Syukur seorang hamba..

Aku pernah terdengar kata-kata, "JODOH DAH DITENTUKAN, CUMA KITA KENA USAHA DAN SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENEMUINYA.."

Tidak pernah ku sangka, usikan kawan-kawan sepejabatku yang mengatakan aku akan berkahwin pada hujung tahun 2007 akhirnya menjadi kenyataan..
kisahnya bermula tatkala aku dipanggil oleh Kak Nordi (teman sepejabat yang ku rapat) bertanya adakah hatiku sudah dimiliki..dengan muka yang selamba, aku menjawab 'tak ada kak'..jawaban ringkasku itu rupa-rupanya adalah 'tiket' untuk Kak Nordi menjalankan tugasnya menjadi 'matchmaker' aku dan suami..

setelah Kak Nordi dan Haji berjaya 'membasuh' aku, akhirnya aku setuju untuk mengenali lelaki ini.."siapalah orang yang diorang ni nak kenalkan ni.."jauh di sudut hati, aku amat gelabah berdepan dengan situasi yang aku tak pernah sangka..

tanggal 1 Ogos, setelah berkali-kali haji cuba menghubungi lelaki itu, akhirnya kami dapat 'bertemu' secara maya..hanya kedengaran suara seorang lelaki jauh di hujung negara..perbualan yang lebih kurang 15 minit itu rupa-rupanya titik permulaan kami memulakan perhubungan yang lebih akrab..perbualan yang lebih kepada persoalan kerja dan bidang belajar menjadi tajuk utama.tak lebih dari itu.

sejak hari itu, kami memulakan misi pertama untuk mencapai visi.selama sebulan aku kerap untuk bangun malam dan bermunajat. penat sangat macam mana sekalipun sanggup aku bangun demi masa depanku sendiri..ini soal hidup dan mati.bukan perkara main.

sepanjang pengembaraan istikharah, aku telah bermimpi 3 kali. mimpi pertama dan kedua tidak begitu jelas. dan akhirnya mimpi kali ke 3 benar2 membuatkan aku puas hati dan meyakini jodoh aku pasti bersamanya..

pada hujung bulan Ogos, aku menyertai kawan-kawan opis untuk menghadiri majlis perkahwinan budak opis di batu pahat. kami ambil kesempatan ini untuk melihat fizikal masing-masing..sebelum ini kami hanya mengenali suara dan cerita latar belakang sahaja. sementara kawan-kawan masih di majlis, aku meminta bantuan kawan baikku Mar untuk menemani perjumpaan pertama kali kami..perjumpaan di masjid yang memberikan seribu rahmat dan berkat yang akhirnya terbina 'sebuah masjid' yang bahagia..setelah berbual sedikit sebanyak, kami meminta diri untuk kembali ke majlis perkahwinan..kehilangan kami di majlis itu menyebabkan semua orang tertanya-tanya. jawapanku,"jumpa kawan yang mengajar JQAF di seri medan.."...aku terpaksa 'putar alam' demi rahsia ku dan Mar tidak bocor..kalau 1 opis dapat tahu, masak kami nak jawab segala gosip..setelah kami saling bertukar-tukar latar belakang keluarga kami mula menyedari akan keserasian yang semakin terasa..

pendekkan cerita, kami berbincang berdua dan keputusan perbincangan itu adalah aku meminta si dia untuk menziarahi keluargaku di melaka (misi kedua). genap seminggu selepas itu, dia berhajat untuk menghantar cincin tunang sebagai tanda ikatan dan aku bakal menjadi isterinya (misi ketiga)..walaupun agak mendadak, aku pasrah dengan ketentuanNya..mungkin jodoh ku secepat ini..cuma.....keluargaku agak terkejut dan bimbang aku tersilap pilih..namun setelah aku pujuk sedikit demi sedikit, akhirnya mereka bersetuju untuk menyatukan kami serentak dengan adikku dan pasangannya..

tanggal 9.9.07 kami bertunang..







dan bernikah pada 2.12.2007 (visi berjaya dicapai)






Detik masa bahagia itu adalah kunci untuk kami meneroka alam yang amat-amat berbeza dari sebelumnya..dan bermula lah sebuah bahtera kehidupan yang lebih bermakna...

Ya Allah betapa agungnya kuasaMu..segala syarat bagi bakal suami idaman yang pernah aku luahkan pada temanku menjadi kenyataan.
1. lebih jauh umurnya dari diriku - (6 tahun jarak umur kami)
2. yatim -(tidak mempunyai ayah dan ibu)
3. berilmu -(belajar 8 tahun di Libya & fasih berbahasa Arab)
4. tiada kawan wanita sebelumku
5. bertanggunghjawab dengan keluarga
6. rajin bekerja
7. seorang usahawan/ahli perniagaan.

boleh dikatakan semua lafaz kata-kata itu dimakbulkan dan 1 perkara yang aku tidak mahu Allah tetap berikan padaku iaitu berasal jauh (Kelantan)..aku redha jika itu yang terbaik untuk diriku..alhamdulillah..