2/14/12

Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul di Batu Pahat

Setiap tahun pada Bulan Rabiulawal memang aku agak sibuk dengan aktiviti yang sudah ditentukan. Bermula 12 Rabiulawal hingga masuk bulan Ramadahan sambutan meraikan ulangtahun kelahiran Nabi Muhamad SAW masih diadakan oleh penduduk Batu Pahat, Johor. Kadang-kadang ada juga panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali mengundang suami untuk berkongsi ilmu di mukimnya.  Dari situ bermulalah tugas sampingan untuk menjadi PA sepenuhnya untuk suami. Tugas yang ditetapkan adalah:
1. bantu buatkan research tentang tajuk ceramah yang nak disampaikan.
2. mencatat jadual jemputan ceramah dalam planner dan white board
3. menyediakan dan menggosokkan baju yg sesuai untuk ceramah- ada macam-macam jenis jemputan. ada yang disurau sahaja, masjid, di rumah dan ada juga institusi badan kerajaan dan swasta. Pernah terjadi pada satu sesi, urus setia tidak memaklumkan dengan lengkap jemputan ceramah tersebut. Rupa-rupanya sambutan tersebut adalah besar-besaran seperti Forum Perdana bahkan ada jemputan VIP (Wakil rakyat) turut hadir ke majlis ilmu tersebut. Sedangkan pakaian yang dipakai hanya baju Melayu dan kain pelekat iaitu pakaian yang lazim dipakai untuk kuliah maghrib di surau-surau sahaja.
4. ikut sertai ceramah utk tambah ilmu- jika berkesempatan aku akan turut serta mengikuti suami tetapi sejak adanya Alfateh, aku agak menghadkan aktiviti ini. Aku akan pastikan tempatnya mempunyai ruang yang sesuai untuk anak kecil ini bermain sementara suami selesai menyampaikan ceramahnya.

Kesimpulannya, di sini kemeriahan sambutan dapat dirasai dengan jiwa dan hati yang senang. Kecintaan kepada Nabi ditunjukkan dengan aktiviti penganjuran kuliah dan ceramah yang bertepatan dengan Sunnah Rasullullah SAW..Kami merindui dan menyintaimu Ya Rasullullah...

2/2/12

Perancangan urusan di Kelantan-Tak Bai, Thailand

Kali terakhir saya kembali ke kampung suami di Tak Bai adalah pada 12 September 2011 yang lalu iaitu ketika raya aidilfitri dan dalam masa sama ada kenduri perkahwinan anak sedara di sana. Selepas itu, ketika raya aidiladha pula saya dan anak tidak berkesempatan untuk bersama suami mengerjakan ibadah korban yang kebiasaaannya disambut dengan begitu meriah dengan aktiviti sembelih haiwan yang ingin dikorbankan oleh rakyat Malaysia (penduduk Batu Pahat) di selatan Thai itu.Saban tahun suami akan membawa senarai nama dari Batu Pahat yang ingin menyerahkan bahagian haiwan korban itu untuk disembelih sendiri oleh suami saya di sana. Pada tahun lepas sahaja iaitu 2011, sebanyak 19 ekor lembu dan 6 ekor kambing disembelih di sekitar kampung halaman kami iaitu di Kg. Kok Kapok, Tak Bai. Untuk pertama kalinya selepas pernikahan kami, saya dan Fateh tidak dapat melihat aktiviti sibuk suami kerana gara-gara alahan mengandung yang masih di awal terimester pertama.



Alhamdulillah kali ini kami akan pulang bersama untuk beberapa urusan penting untuk diselesaikan dalam masa yang singkat:
1. Menziarahi ahli keluarga Mak Usu yang sudah kembali ke sisi Allah. Semua ahli keluarga berkumpul di rumah arwah kecuali suami yang paling jauh iaitu di Batu Pahat. Kami tidak sempat menatap walau sekejap wajah arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Hanya menghadiri majlis tahlil dan arwah sahajalah yang mampu kami sertai nanti.
2. Survey tempat untuk bersalin anak ke 2 kami: Jika ada rezeki kami ingin mendapatkan anak yang dilahirkan di Kelantan atas alasan suami untuk urusan pembelian tanah di Kelantan pada masa akan datang. Mana tahu kami akan kembali ke sana. Suami saya sendiri tidak dilahirkan di Kelantan, sebaliknya dilahirkan di Tak Bai, Narathiwat. Susah juga bila mempunyai kerakyatan 2 negara ni. Itu pun sebab di kedua-dua belah sempadan adalah hampir kesemuanya keluarga suami.
3. Dah tentu 'shopping!!'. sebenarnya duit bukan ada sangat cuma nak cuci mata dan dapatkan apa-apa yang susah nak dapat kt sini. Itu saja.Pemandu pelancong tak perlu dibayar, cuma bawa je dia sekali insyaallah dapatlah harga murah..Boleh survey barang baby sekali. Dah sarat-sarat ni pun masih berangan nak beli itu ini. Macam lah larat sangat, cuma berdoa Allah mudahkan urusan di sana sahaja.
4. Ziarah rumah kakak ipar yang dilanda banjir teruk di daerah Narathiwat yang semua barang rumahnya hanyut dibawa banjir. Itu pun jika sempat kata suami. maklumlah perjalanan pergi dan balik sahaja sudah mengambil masa yang lama. Ditambah pula dengan kawasan yang melibatkan 2 negara.

2/1/12

Pergi lagi seorang ibu saudara suamiku...

Semalam kira-kira jam 7.30 malam suami menerima panggilan telefon jauh dari selatan Thailand. Memang kami dimaklumkan sebelum ini yang Mak Usu sedang sakit tenat dan ingin bertemu dengan semua ahli keluarga. Tetapi kami merancang untuk balik pada hujung minggu ini. Malangnya tidak sempat kami balik, mak usu sudah pergi buat selamanya. Kini hanya tinggal seorang sahaja mak sedara sebelah arwah mak yang ada.

1/31/12

Sepanjang Hidup


Lagu ini pernah membuatkan aku menitiskan air mata. Sebak, terharu dan sedih. Tidak ada perkataan yang boleh diungkapkan apabila seorang isteri ditanya tentang betapa dalam cintanya kepada si suami. Tiada apa yang lebih berharga daripada adanya suami dan anak-anak di sisi. Betapa pedihnya hati apabila berjauhan dengan orang-orang tersayang. Kerana mendalamnya cinta itulah membuatkan si isteri tidak kisah dengan masa yang ada untuk beristirehat atau pun bersantai. Apa yang isteri mahu adalah kebahagian, kesihatan dan kegembiraan yang dilalui oleh suami dan anak-anaknya bukannya derita, kesakitan mahupun kesedihan. Tetapi semua kasih dan sayangnya itu tidak pernah diminta untuk dibalas kerana sandarannya kepada setiap yang dilakukan itu adalah kepada Allah dan Rasul..

pertemuan yang tidak dijangka..



Pada 3 Januari yang lalu saya ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat MAPIM di USM Pulau Pinang. Sudah menjadi kemestian buat saya untuk menghubungi sahabat-sahabat yang berada di tempat yang ingin  dituju. Sama ada sempat bertemu atau tidak itu perkara kedua yang akan berlaku. Dalam perjalanan ke sana, sempat juga bermesej bersama sahabat ex-UM yang berada di utara tanah air. Orang yang saya sangka untuk dapat bertemu rupa-rupanya sudah berpindah ke Changlun,Kedah. Akhirnya saya diberikan no telefon sahabat yang kira-kira 6 tahun tidak bertemu. Kali terakhir adalah pada Majlis Konvokesyen UM pada tahun 2006. Betapa gembiranya dapat bertemu dengan sahabat lama yang sudah memiliki 2 orang anak gadis cilik yang comel. Kegembiraan kami terhenti sebentar apabila saya baru mengetahui bahawa beliau masih dalam cuti sakit kerana baru lepas pembedahan apendiks. Namun begitu, kesihatan teman sejati ini tidak sedikit pun menghalang beliau untuk melayan teman yang berkunjung dari Batu Pahat ini. Alangkah terkejut dan terharu dengan berita kesihatan beliau dan dalam masa yang sama layanan yang diberikan amat baik sekali.

Begitulah indahnya persahabatan yang pernah dibina atas dasar silaturahim. Pertemuan dan perpisahan pasti terjadi, tetapi tidak sedikitpun terputus tali persahabatan ini walau jarak memisahkan hubungan ini.

terima kasih Ciksu (Mastura Mamat)..

Kursus pembinaan blog..

Alhamdulillah penganjuran pembinaan blog yang kami sertai 2 hari ini amat bermakna..kursus yang santai tetapi amat bermanfaat untuk para peminat blog. sempat juga kami bertukar-tukar blog untuk meningkatkan trafik ke blog sendiri. selama ni aku hanya cuba-cuba sendiri sahaja, tapi kali ni blog disusun dengan baik dan teratur. banyak fungsi tools blogspot yang boleh digunakan dan menjadi alat untuk kita berkarya..selamat mencuba kepada teman-teman sekursus yang sedang ralit menyiapkan blog masing-masing. Selamat mencuba!!!

1/30/12

selamat pagi!

Selamat pagi buat teman-teman yang sudah lama tidak bertemu...walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati..semoga kalian semua berada dalam keadaan yang selamat,sihat dan ceria..

andai kita boleh kembali ke dunia kampus, sudah pasti kita akan sentiasa bersama ke mana sahaja. berkongsi cerita tawa dan duka..tapi semua itu tinggal kenangan dan memori yang hanya boleh disimpan kemas bersama foto-foto album kita..

dengan ada teknologi telefon dan laman sosial kita masih sempat bertemu secara maya walau hanya melihat laman-laman dan foto-foto dari kejauhan sahaja.