Bukan senang untuk meletakkan diri di tempat ini. Bukan mudah untuk memahami keadaan dan situasi ini. aku melangkah gagah dalam hayunan kaki yang lembut gemalai sambil t memaut beg tangan. Saban hari bekerja mencari rezeki buat diri dan keluarga yang menggunung harap pada seorang wanita yang penuh dengan konflik diri.
Seharian bekerja memadamkan pemikiran terhadap kehidupan berumahtangga yang penuh pancaroba dan dugaan. Kehidupan yang penuh dengan citarasa manis, pahit, masam, masin dan cukup segalanya. seawal jam 7.20 pagi, enjin kereta hitam Kia Spectra seperti biasa dihidupkan oleh suamiku si pencari sunnah. Selepas itu, suamiku akan mendukung alfateh untuk dibawa bersama oleh aku ke rumah pengasuhnya. suamiku dengan penuh kasih dan sayang saban hari melakukan perkara yang sama. tanpa merungut, tanpa mencebik tanpa menyoal. tangan dierat rapi, bibir menyentuh tangan kasar si pencari sunnah, dahi si isteri dikucup mesra setiap pagi. si comel hanya memandang hairan kelakuan bonda dan babanya..
dalam perjalanan setiap pagi tenang yang terlewat itu, aku selalu berpesan kepada anakku.."Anakku alfateh, jangan nakal-nakal apabila di rumah ibu ye..dengar cakap ibu dan ayah, jadilah anak yang mendengar kata.." mata bulat si fateh tepat memandang ke arah wajahku dan sesekali menoleh stering kereta kegemarannya itu. mukanya selamba tapi cukup mengerti pesanan itu tadi.
bersambung...
Showing posts with label um. Show all posts

7/16/10
6/10/09
debaran semakin terasa
Alhamdulillah..ramai kawan2 yang sampai due tu berjaya melahirkan bayi dalam kandungan masing-masing..tahniah kepada wardatul aisyah,acik, yana, izah, kakak iparku kak ita..buat masa terdekat ni ofis mate ku fifi dan anis yg jauh di sabah tu..sape dulu tak tahulah..dan yang masih jauh lagi tu harap2 dapat jaga kandungan masing2..esp shahidra, mariah, farah...
2/16/09
Dia semakin aktif..
Setiap malam aku terasa berinteraksi dengan anak yang ada dalam kandungan ku..setiap kali itulah aku merasakan tindakbalas daripadanya..ingatanku apabila setiap kali aku pulang dari klinik untuk melihat keadaan dia,aku tersenyum lebar..tersengih-sengih..aku betul tak percaya ada anak yang sedang membesar dalam tubuh badanku sendiri..dia begitu aktif menendang-nendang, tangannya terkuak-kuak dalam ruang rahim yang sempit..kini kandungan air dalam rahim yang semakin banyak memudahkan dia bergerak aktif..paling melucukan ketika kami sedang scan 'melihat' dia, si kecil itu menoleh ke arah kami sambil mulut yang terbuka dan tertutup seakan mengerti yang kami sedang memandang gelagat dia yang begitu aktif sekali..SUBHANALLAH..Maha Suci Allah yang menciptakan dari benih yang mati kepada anak yang tumbuh membesar..
12/2/08
kesyukuran tidak terhingga..
Seawal jam 6 pagi , seperti biasa aku bersedia bersiap ke pejabat.sebelum melangkah kaki ke tandas, aku sempat mencapai ujian kehamilan di atas almari..aku terus melakukan ujian tersebut dengan debaran yang semakin kencang di dada..aku seolah-olah tidak mahu melihat keputusannya kerana selama ni berbulan-bulan aku melakukan perkara yang sama dan akhirnya keputusannya kecewa..aku tahu bibi menyedari apa yang ku sedang lakukan sehingga begitu lama dan senyap seorang diri di tandas..
akhirnya selepas 2 minit, mataku terbeliak melihat keputusannya..2 line merah yang menandakan kehamilan ku..aku lantas memanggil bibi dengan nada yang kuat. bibi bingkas bangun dan berlari ke arah ku. dia terdiam. membisukan diri dan kemudian air mukanya berubah ceria. syukur alhamudlillah setelah keguguran 9 bulan yang lalu akhirnya Allah telah menggantikan satu lagi janin yang akan lahir sebagai zuriat kami. aku tahu dia semakin sebak, tapi cuba menahan dengan menarik nafas sedalam-dalamnya..
setelah kami selesai menunaikan solat subuh bersama, kami bersalam-salaman. keadaan masih sunyi sepi tanpa sebarang sepatah kata antara kami berdua. aku terus bangun bersiap. tiba-tiba suamiku memegang tanganku dan memelukku dari arah belakang. rupa-rupanya bibi tidak dapat lagi menanggung sebak dan sedih kesyukuran..dia begitu sebak dan betapa bersyukurnya bibi apabila mengetahui kehamilanku..akhirnya aku pun tidak berjaya manampung air mata yang mula turun dengan laju..kami menangis bersama-sama, betapa kami mensyukuri nikmat zuriat yang aku kandung sekarang..
9/29/08
Aku kehilangan bayi...
Cahaya mata yang menjadi harapan dan penyeri kami tidak mampu untuk bertahan untuk lagi 7 bulan..suamiku bergegas mwmbawa aku ke klinik berhampiran ketika aku mengadu aku kesakitan dan ada pendarahan. Tetapi klinik tersebut menasihatkan suami ku agar terus menghantar aku ke hospital kerana aku keguguran. perutku memulas-mulas kesakitan sehinggakan aku tidak mampu untuk mendengar suara suami yang memujukku..aku menepis tanggannya yang memnyentuhku..aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan berzikir dan menyebut nama Allah tanpa henti-henti..sehinggalah aku dimasukkan ke unit kecemasan dan dimasukkan air ke tubuhku barulah aku tersedar yang aku telah diusung ke bilik pemeriksaan doktor..
setiap kali aku terkenang saat itu aku pasti mengalirkan air mata lebih-lebih lagi dalam sebulan kejadian tersebut berlaku..sebak.. rezeki untuk aku melihat cahaya mata ku lahir dengan sempurna berkecai tatkala pertama kali aku mengandung dan perasaan yang tidak dapat aku gambarkan ketika mengetahui aku dan suami bakal menjadi ibu bapa..tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. dan Dia lebih mengetahui kemampuan kami dalam melayari bahtera perkahwinan yang penuh cabaran dan dugaan yang tak henti-henti menghujani kami..

6/10/08
kenangan di uniperdana
Selepas selesai mengadakan sebuah majlis di rumah persatuan, aku ditugaskan untuk menghantar periuk besar ke rumah persatuan yang lain iaitu tempat di mana semua peralatan katering persatuan. ketika itu hanya kenderaan yang ada hanyalah motor buruk ku yang berjenama honda petak 70cc. berbekalkan keazaman dan ditemani temanku shahidra, aku dengan lajunya memecut honda petakku..yang pastinya, shahid yang duduk di tempat belakang terkial-kial memegang periuk dan tutupnya. aku terlupa yang sebenarnya aku sedang membawa orang di belakang yang sedang memegang periuk yang besar. tiba-tiba tanpa ku sedar, shahid memanggil namaku,"pija, tunggu berhenti!". lantas aku bertanya, "kenapa nak berhenti?""tu, tutup periuk melayang" jawab shahid..aku terus menekan brek dan menoleh belakang ke arah jalan raya. dengan segera shahid berlari mendapatkan tutup periuk itu apabila tiada kenderaan lalu lalang di situ..sehingga sekarang setiap kali aku terkenang, pasti aku akan senyum sendirian..dan aku percaya shahid juga begitu..
6/21/07
Memori di Uniperdana….(Bahg.2)
Hari ini suasana fakulti seperti biasa. Seawal jam 8 pagi sudah ada kuliah yang dijalankan. Ada yang menaiki bas, berlari-lari anak menuju ke dewan kuliah. Ada juga yang yang lemah gemalai sahaja berjalan. Manakala tempat letak kenderaan pelajar sudah semakin penuh dengan kenderaan. sedang Sofea sedang berjalan, tiba-tiba..
"Assalamualaikum!" sapaan Aishah mengejutkan Sofia.
"Eh, Aishah. Enti dah siap ke presentation tu? Tak silap ana hari ni Enti bentangkan tajuk tutorial kan?"
"Iye. Alhamdulillah dah siap. Ana siapkan sampai jam 3 pagi tadi. ni, mata dah bengkak sikit sebab menahan daripada tertidur," jelas Aishah.
"Ana dah lambat ni. Ana pergi dulu ye. Jumpa lagi dalam kelas tafsir nanti. Assalamualaikum.." Sofia terus bergegas ke kelasnya yang hampir bermula.

5/24/07
Memori di Uniperdana….(Bahg.1)
Memori di Uniperdana….
Titisan hujan masih lagi berada di hujung daun. Angin sejuk masih lagi meniup sepoi bahasa. Malam itu bulan tidak menunjukkan wajahnya. Langit malam tetap gelap tidak seperti malam-malam yang lalu. Tapi Sofia tahu langit yang mendung tidak semestinya hujan. Pada sangkaan dhaif manusia, langit yang mendung pasti hujan menyusul datang. Namun kuasa Tuhan yang lebih mengetahui dan mampu merubah kemungkinan yang tiba.
Apa sahaja yang berlaku hari ini, semalam atau esok dan selagi nafas masih ada, Sofea akan tetap meneruskan kehidupannya yang bakal ditempuhi. Selepas menunaikan solat Isya’, Sofea terus menuju ke meja belajarnya untuk menyiapkan tugasan persatuan yang tidak pernah berhenti mencuri masa lapangnya. Hak yang perlu ditunaikan dan tanggungjawab yang perlu dilangsaikan. Sofia akan selalu berpegang kepada kata-kata Ustaznya, “Hak adalah untuk diberikan, bukan untuk dituntut.” Sofia masih ingat lagi pengisian yang diberikan Ustaz kepada semua ahli usrah dalam satu perjumpaan bulanan persatuan mahasiswa Islam di kampus uniperdana bahawa pimpinan perlu mengetahui hak-hak orang yang dipimpin. Begitu juga dengan orang yang dipimpin perlu mengetahui hak-hak pemimpin supaya hak-hak itu dapat dilaksanakan dan dipenuhi. Bukan saling menuntutnya.
Tangannya cepat mencapai pena yang berada di atas meja. Mata dan tangannya pantas mencari buku catatan yang menjadi teman rapat di mana saja Sofia berada. Terutama sekali ketika Sofia keluar untuk menghadiri meting dengan rakan satu lajnah, Haikal. Pena dan buku catatan itu sudah semestinya sentiasa tersisip rapi dan tersimpan kemas di dalam beg tangannya.
Helaian kertas dibuka perlahan-lahan. Mata Sofia yang bulat itu memandang tepat satu persatu helaian untuk mencari maklumat dan catatannya siang tadi. Banyak juga tugas yang diserahkan kepadanya. Haikal bukan seorang yang suka melepaskan kerjanya kepada orang lain. Sebenarnya Haikal juga sangat sibuk dan mempunyai tugasan lain selain tugas dan kerja yang telah dibahagikan antara kedua-dua rakan seperjuangan itu.
Final exam yang baru sahaja selesai minggu lepas dan bermulanya cuti semester tidak menjanjikan suatu kenangan yang indah buat Sofia bersama keluarga. Tanggungjawab dan amanah yang harus ditunaikan terlalu banyak yang menunggunya. Sofia sedar semester hadapan adalah semester terakhir dia berada di Uniperdana. Kertas Projek yang perlu diberi tumpuan dan perhatian sekaligus kerja-kerja persatuan yang masih belum selesai dan bertimbun. “Perjuangan yang belum selesai,” seperti kata mantan PM Malaysia.
Kepala Sofea semakin serabut. Cuti semester harus dihabiskan di kota metropolitan yang memakan belanja yang banyak. Duit pinjaman hanya tinggal beberapa puluh sahaja di dalam bank. Oleh sebab Sofea mempunyai kerja sambilan sebagai guru tuisyen di salah sebuah pusat tusyen di Petaling Jaya, pendapatan itu sedikit sebanyak membantu menampung bayaran rumah sewanya. Namun, bagaimana pula perbelanjaan harian nanti? Jika difikirkan semuanya, memang memeningkan kepala sahaja. Tetapi Sofea sudah biasa dengan konflik seperti itu. Yang penting bagi dirinya, berusaha dan serahkan apa yang dilakukan kepada Allah SWT. Bagi Sofea, segala urusan di dunia adalah perlu pergantungan kepada Allah SWT. Allah kan ada, bisik jiwa kecil Sofea.
Selepas selesai menyiapkan proposal jawatankuasa yang baru ditubuhkan, Sofea terus merancang aktiviti sepanjang cuti panjangnya itu. Proposalnya itu akan dibentangkan dalam meeting esok malam. Perasaan gementar Sofea tiba-tiba meresap ke segenap urat sarafnya. Bukan kerana darahnya yang terlalu gemuruh tetapi kerana pasti pelbagai soalan akan ditanya bertubi-tubi kepadanya. Terutama sekali presidennya, Hanif yang sangat teliti apabila sesuatu proposal dibentangkan kepadanya. Sofea cepat-cepat menarik nafas dan menumpukan tugasnya yang lain agar perasaan gementar itu dapat dikawal dengan baik. Tangannya terus mencapai majalah I yang banyak memberi ilmu dan pandangan baru mengikut arus dan gelombang semasa. Bahkan majalah itu akan terus menjawab isu yang cuba ditimbulkan oleh majalah berunsur Islam lain yang cuba merosakkan aqidah dan pemikiran umat Islam di Malaysia. Dalam dunia hari ini terlalu banyak bahan yang cuba menyimpangkan manusia dari menjadi insan dan hamba Tuhan yang sebenar. Iman dan akhlak yang baik mampu menempias semua percikan-percikan dusta golongan munafik dan kafir yang sentiasa mengimpikan kemusnahan Islam. Tanpa disedari, malam semakin pekat. Masa yang berlalu pantas memaksa Sofea untuk merehatkan tubuh. Selepas merebahkan kepala ke bantal, mata Sofea mula layu dan kuyu. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.
Bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)