2/2/12

Perancangan urusan di Kelantan-Tak Bai, Thailand

Kali terakhir saya kembali ke kampung suami di Tak Bai adalah pada 12 September 2011 yang lalu iaitu ketika raya aidilfitri dan dalam masa sama ada kenduri perkahwinan anak sedara di sana. Selepas itu, ketika raya aidiladha pula saya dan anak tidak berkesempatan untuk bersama suami mengerjakan ibadah korban yang kebiasaaannya disambut dengan begitu meriah dengan aktiviti sembelih haiwan yang ingin dikorbankan oleh rakyat Malaysia (penduduk Batu Pahat) di selatan Thai itu.Saban tahun suami akan membawa senarai nama dari Batu Pahat yang ingin menyerahkan bahagian haiwan korban itu untuk disembelih sendiri oleh suami saya di sana. Pada tahun lepas sahaja iaitu 2011, sebanyak 19 ekor lembu dan 6 ekor kambing disembelih di sekitar kampung halaman kami iaitu di Kg. Kok Kapok, Tak Bai. Untuk pertama kalinya selepas pernikahan kami, saya dan Fateh tidak dapat melihat aktiviti sibuk suami kerana gara-gara alahan mengandung yang masih di awal terimester pertama.



Alhamdulillah kali ini kami akan pulang bersama untuk beberapa urusan penting untuk diselesaikan dalam masa yang singkat:
1. Menziarahi ahli keluarga Mak Usu yang sudah kembali ke sisi Allah. Semua ahli keluarga berkumpul di rumah arwah kecuali suami yang paling jauh iaitu di Batu Pahat. Kami tidak sempat menatap walau sekejap wajah arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Hanya menghadiri majlis tahlil dan arwah sahajalah yang mampu kami sertai nanti.
2. Survey tempat untuk bersalin anak ke 2 kami: Jika ada rezeki kami ingin mendapatkan anak yang dilahirkan di Kelantan atas alasan suami untuk urusan pembelian tanah di Kelantan pada masa akan datang. Mana tahu kami akan kembali ke sana. Suami saya sendiri tidak dilahirkan di Kelantan, sebaliknya dilahirkan di Tak Bai, Narathiwat. Susah juga bila mempunyai kerakyatan 2 negara ni. Itu pun sebab di kedua-dua belah sempadan adalah hampir kesemuanya keluarga suami.
3. Dah tentu 'shopping!!'. sebenarnya duit bukan ada sangat cuma nak cuci mata dan dapatkan apa-apa yang susah nak dapat kt sini. Itu saja.Pemandu pelancong tak perlu dibayar, cuma bawa je dia sekali insyaallah dapatlah harga murah..Boleh survey barang baby sekali. Dah sarat-sarat ni pun masih berangan nak beli itu ini. Macam lah larat sangat, cuma berdoa Allah mudahkan urusan di sana sahaja.
4. Ziarah rumah kakak ipar yang dilanda banjir teruk di daerah Narathiwat yang semua barang rumahnya hanyut dibawa banjir. Itu pun jika sempat kata suami. maklumlah perjalanan pergi dan balik sahaja sudah mengambil masa yang lama. Ditambah pula dengan kawasan yang melibatkan 2 negara.

No comments: