Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

1/31/12

Sepanjang Hidup


Lagu ini pernah membuatkan aku menitiskan air mata. Sebak, terharu dan sedih. Tidak ada perkataan yang boleh diungkapkan apabila seorang isteri ditanya tentang betapa dalam cintanya kepada si suami. Tiada apa yang lebih berharga daripada adanya suami dan anak-anak di sisi. Betapa pedihnya hati apabila berjauhan dengan orang-orang tersayang. Kerana mendalamnya cinta itulah membuatkan si isteri tidak kisah dengan masa yang ada untuk beristirehat atau pun bersantai. Apa yang isteri mahu adalah kebahagian, kesihatan dan kegembiraan yang dilalui oleh suami dan anak-anaknya bukannya derita, kesakitan mahupun kesedihan. Tetapi semua kasih dan sayangnya itu tidak pernah diminta untuk dibalas kerana sandarannya kepada setiap yang dilakukan itu adalah kepada Allah dan Rasul..

5/24/07

Titik jernih.

Titik jernih..

Tatkala fajar munculkan diri..
Aku masih lagi menghembus nafas
Melihat alam merenung nikmat Tuhanku..

Tuhan,
Dalam sujudku tiap lima waktu
Tidak mampu menebus hutang ku padaMu
Terus ku syukuri tanpa jemu..

Tuhanku,
Terlalu tepu lumpur dosa membalut diri
Titisan kasihmu tidak henti-henti turun
Meluntur lumpur dosa
Terus membaja benih imanku..

Di petang senja aku terduduk sendiri
Terus menghitung hari-hari yang berlalu pergi
Tanpa disedari titik-titik jernih menitis lesu
Turun dari kolam mata
Membasahkan wajah
Menghiris halus naluriku..

Muhasabah ini tidak mampu membawa aku
Kembali pada masa lalu.
Namun yang pasti
Jalan di hadapan terus terbentang
Memberi ruang dan peluang untuk aku baiki dan mencari identiti..
Selagi mentari terus munculkan diri..

Nur Srikandi83
Melaka..