2/14/12

Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul di Batu Pahat

Setiap tahun pada Bulan Rabiulawal memang aku agak sibuk dengan aktiviti yang sudah ditentukan. Bermula 12 Rabiulawal hingga masuk bulan Ramadahan sambutan meraikan ulangtahun kelahiran Nabi Muhamad SAW masih diadakan oleh penduduk Batu Pahat, Johor. Kadang-kadang ada juga panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali mengundang suami untuk berkongsi ilmu di mukimnya.  Dari situ bermulalah tugas sampingan untuk menjadi PA sepenuhnya untuk suami. Tugas yang ditetapkan adalah:
1. bantu buatkan research tentang tajuk ceramah yang nak disampaikan.
2. mencatat jadual jemputan ceramah dalam planner dan white board
3. menyediakan dan menggosokkan baju yg sesuai untuk ceramah- ada macam-macam jenis jemputan. ada yang disurau sahaja, masjid, di rumah dan ada juga institusi badan kerajaan dan swasta. Pernah terjadi pada satu sesi, urus setia tidak memaklumkan dengan lengkap jemputan ceramah tersebut. Rupa-rupanya sambutan tersebut adalah besar-besaran seperti Forum Perdana bahkan ada jemputan VIP (Wakil rakyat) turut hadir ke majlis ilmu tersebut. Sedangkan pakaian yang dipakai hanya baju Melayu dan kain pelekat iaitu pakaian yang lazim dipakai untuk kuliah maghrib di surau-surau sahaja.
4. ikut sertai ceramah utk tambah ilmu- jika berkesempatan aku akan turut serta mengikuti suami tetapi sejak adanya Alfateh, aku agak menghadkan aktiviti ini. Aku akan pastikan tempatnya mempunyai ruang yang sesuai untuk anak kecil ini bermain sementara suami selesai menyampaikan ceramahnya.

Kesimpulannya, di sini kemeriahan sambutan dapat dirasai dengan jiwa dan hati yang senang. Kecintaan kepada Nabi ditunjukkan dengan aktiviti penganjuran kuliah dan ceramah yang bertepatan dengan Sunnah Rasullullah SAW..Kami merindui dan menyintaimu Ya Rasullullah...

No comments: