Si pengembala kambing cilik..seawal pagi alfateh sudah dikejutkan oleh baba untuk mengikutnya ke ladang. dengan hanya satu kali panggilan lembut baba, si anak ini terus bingkas terduduk sambil matanya dibuka dan ditutp beberapa kali. sudah lama fateh menunggu peluang mengikut baba ke ladang kambing. ini kerana tiap2 hari alfateh akan menyarung kasut butnya untuk ke ladang kambing kegemarannya itu. Alhamdulillah kali ini baba dapat menunaikan hasrat hati anaknya itu.
Inilah wajah but comel yang dibeli oleh bonda yang berharga RM7.50 di Munduk, Thailand..promo sikit!
Main2 dulu supaya kambing lebih mesra dgn fateh
Si Kembala Kambing memulakan tugas
Alfateh sudah diamanahkan oleh baba untuk membantu abg Faizul untuk memberikan susu kepada anak-anak kambing yang ada di kandang. Pada permulaannya agak kekok juga alfateh untuk memberikan susu yang diberikan dalam botol (botol susu fateh yg lama kini menjadi botol susu kambing pula). Habis fateh dikerumun oleh anak-anak kambing yang kelaparan.
Fateh sudah mula berani menguruskan anak-anak kambing kesayangannya. Fateh juga dahmula minta nak bawa balik kambing ke rumah. Tapi permohonan ditolak.