7/16/10

diari si bonda muda..

Bukan senang untuk meletakkan diri di tempat ini. Bukan mudah untuk memahami keadaan dan situasi ini. aku melangkah gagah dalam hayunan kaki yang lembut gemalai sambil t memaut beg tangan. Saban hari bekerja mencari rezeki buat diri dan keluarga yang menggunung harap pada seorang wanita yang penuh dengan konflik diri.

Seharian bekerja memadamkan pemikiran terhadap kehidupan berumahtangga yang penuh pancaroba dan dugaan. Kehidupan yang penuh dengan citarasa manis, pahit, masam, masin dan cukup segalanya. seawal jam 7.20 pagi, enjin kereta hitam Kia Spectra seperti biasa dihidupkan oleh suamiku si pencari sunnah. Selepas itu, suamiku akan mendukung alfateh untuk dibawa bersama oleh aku ke rumah pengasuhnya. suamiku dengan penuh kasih dan sayang saban hari melakukan perkara yang sama. tanpa merungut, tanpa mencebik tanpa menyoal. tangan dierat rapi, bibir menyentuh tangan kasar si pencari sunnah, dahi si isteri dikucup mesra setiap pagi. si comel hanya memandang hairan kelakuan bonda dan babanya..

dalam perjalanan setiap pagi tenang yang terlewat itu, aku selalu berpesan kepada anakku.."Anakku alfateh, jangan nakal-nakal apabila di rumah ibu ye..dengar cakap ibu dan ayah, jadilah anak yang mendengar kata.." mata bulat si fateh tepat memandang ke arah wajahku dan sesekali menoleh stering kereta kegemarannya itu. mukanya selamba tapi cukup mengerti pesanan itu tadi.

bersambung...

No comments: