5/24/07

INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

“ Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian DIA menjadikan daripadanya – isterinya (Hawa) dan DIA mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor (empat) pasangan ( jantan dan betina). DIA menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian (iaitu dari setitis air mani lalu menjadi segumpal darah beku, kemudian menjadi seketul daging, kemudian menjadi tulang, kemudian tulang itu disalut dengan daging, setelah itumenjadilah seorang manusia dalam bentuknya yang termaklum). Dalam tiga suasana yang gelap-gelita (kegelapan dalam rahim, kegelapan dalam perut ibu dan kegelapan dalam tembuni) yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan DIA, oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan dari mematuhi perintahNya?”

Mengikut al-Qur’an, proses kejadian bayi bermula dengan percantuman benih-benih.Allah berfirman dalam surah al-Insan ayat 2, bermaksud:

“Sesungguhnya Kami mencipta manusia daripada ‘nuthfah yang bercampur’ bermaksud ‘percantuman di antara benih lelaki atau sperma dan benih perempuan atau ovum’. Dalam keaadaan ini ia dikenali sebagai zigot (zygote)”

Kedudukan embrio dalam “kegelapan yang tiga” seperti yang telah dinyatakan dalam maksud ayat al-Qur’an yang telah dibawa tadi, amat selari dengan penemuan sains moden.Profesor Keith L. Moore, Ph.D., F.I.A.C., seorang pakar dalam bidang anatomi manusia dari Universiti Toronto, Kanada, berpendapat seseorang bayi memang hidup dalam tiga tutupan atau kegelapan. Tutupan yang pertama ialah kulit abdomen “the anterior abdominal wall”, kedua ialah rahim atau “the uterine wall”, dan ketiga ialah selaput yang menutupi bayi secara langsung atau “the amniochorionic membrane”.

Kemudian al-Qur’an turut menjelaskan bahawa, daripada nuthfah embrio berubah menjadi alaqah, berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14, yang bermaksud:

“ Kemudian daripada nuthfah Kami jadikannya alaqah…”

Manakala dilihat makna alaqah ini mempunyai tiga maksud seperti yang telah disebutkan dalam Elias Modern Dictionary, terbitan tahun 1992, iaitu alaqah ini dimaksudkan dengan makna, segumpal darah, suatu yang melekat, dan juga lintah. Penafsiran ini amat selari dengan penemuan semasa kerana percantuman benih atau nuthfah, ketika embrio berumur antara 7 hingga 14 hari, embrio ini berkeadaan seperti darah beku dan rupanya menyamai seekor lintah yang tergantung di rahim ibunya atau endometrium.

Selepas alaqah, embrio ini bertukar menjadi mudghah berdasarkan firman Allah s.w.t:
“Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah...”
(al-Mukminun :14)

Mudghah di sini bermaksud, “daging yang dikunyah” dan begitulah rupa bentuk embrio ketika embrio ini berumur lebih kurang empat minggu. Keaadaan ini berpunca daripada sel-sel yang dikenali sebagai somites yang menyerupai tanda-tanda gigitan seperti “daging yang dikunyah”. Somites akhirnya bertukar menjadi tulang belakang vertebrae. Selepas mudghah embrio berubah kepada bentuk yang lain berdasarkan firman Allah dalam surah al-haj ayat 5 :

“Kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya…”

Perincian ini amat mengagumkan, dan pakar-pakar ilmu embriologi mengesahkan bahawa sel-sel di peringkat mudghah terbahagi kepada dua, iaitu, yang belum terbentuk secara sempurna dan yang terbentuk secara sempurna. Kemudian, embrio ini akan ditutupi dengan tulang dan daging, ini berpandukan dengan firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14:

“ Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging…”

Ilmu embrio juga mengesahkan kejadian tulang atau cartilage bermula terlebih dahulu sebelum diselimuti dengan daging atau muscles / flesh yang wujud dari sel-sel awal yang dikenali sebagai somatic mesoderm.

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat di sini bahawa al-Qur’an telah membuktikan secara jelasnya mengenai kejadian manusia ini, atau dengan kata lain bolehlah kita nyatakan di sini bahawa penemuan sains oleh ahli sains ini telah membuktikan bahawa kebenaran yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an.

PROSES YANG BERLAKU SETELAH ROH BERPISAH DARI JASAD

Setiap yang bernyawa itu sudah pastinya akan mengalami kematian.Ini kerana kematian merupakan salah satu dari proses kehidupan manusia. Kehidupan ini bermula dari alam rahim, alam dunia dan disambung pula dengan alam akhirat,yang mana proses kematian adalah permulaan kehidupan baru di alam akhirat.

Merujuk selepas kematian, proses yang paling awal sebaik sahaja jantung kita berhenti mengepam darah adalah, keadaan darah itu akan termendak ke bahagian yang paling bawah tubuh. Ini berlaku kerana proses tarikan graviti bumi. Anggota badan akan menjadi merah keunguan pada bahagian bawah dan bahagian atas pula akan menjadi pucat memutih.Semua anggota badan akan turut berhenti berfungsi.Paru-paru pula, tidak lagi menjalankan proses menukar udara dari oksigen ke karbon dioksida dan juga sebaliknya. Usus pula akan berhenti mengisar makanan. Kulit dan otot-otot mula melendut atau dengan kata lain mengendur. Manakala suhu badan turut menurun. Inilah yang dikatakan sebagai proses fisiologi berhenti bekerja.

Selepas 2 hingga 6 jam seterusnya, otot akan mula mengeras dengan didahului oleh otot-otot kelopak mata dankemudiannya diikuti oleh otot-otot yang lain. Pada ketika ini, mayat akan menjadi keras.Selepas 2 hingga 4 hari kemudian, otot-otot yang mengeras tadi akan bertukar menjadi mengendur. Dalam tempoh 2 hingga 3 hari inilah mayat akan mula berbau.

Serentak dengan itu juga, proses penguraian dan pereputan mula berlaku . Bahagian yang paling awal membusuk dan terhurai ialah bahagian di bahagian usus besar. Warna kehijauan mula timbul. Ini kerana pelbagai jenis bacteria khususnya yang bersama najis di usus besar bertindak mereput dan menghuraikan usus besar.

Bakteria ini berfungsi membantu proses penghadaman sewaktu sebelum proses kematian. Warna kehijauan ini akan merebak ke saluran abdomen, dada dan peha. Seterusnya warna kehijaun ini akan bertukar menjadi warna yang lebih gelap sehingga bewarna kehitaman. Perut mula mengembung dan akan pecah. Mata kemudiannya akan tersembul keluar. Ini adalah kerana, tekanan gas akibat tindak balas bakteria di dalam usus kecil.

Selepas 7 hari kematian, kulit tubuh akan menjadi kemerah-merahan seperti terkena api, dan kulit inidengan mudahnya akan tertanggal. Dalam tempoh 3 hingga 4 minggu kemudian, keadaan kuku, rambut dan gigi akan tertanggal satu persatu. Proses pereputan terus berlaku di mana otot-otot akan terpisah dari tulang. Seterusnya berlakulah pereputan lanjutan yang memakan masa di mana otot-otot dan organ tubuh akan menghancur sedikit demi sedikit.

Proses ini turut di bantu oleh ulat dan cacing. Faktor kimia tanah juga mempengaruhi kadar pereputan. Tanah rawa gambut dan tanah di bahagian lebih dalam akan membuatkan mayat akan bertahan dengan lebih lama. Suhu yang panas juga akan mempengaruhi kadar pereputan. Setelah lebih kurang 2 tahun akhirnya, hanya tulang yang tertinggal. Namun faktor masa akhirnya akan membuatkan tulang turut terhakis dan menghancur, proses ini akan memakan masa puluhan tahun.

Inilah yang dikatakan proses kembali kepada tanah. Dari tanah kita dating, kepada tanah juga kita akan dikembalikan. Sama ada mayat itu berkubur di dalam tanah, di makan api sehingga menjadi abu atau berkubur di dalam perut binatang buas, semuanya akan kembali kepada tanah juga.


AL-QUR’AN DAN HAKIKAT PENCIPTAAN ALAM SEMESTA

Seperti yang kita imani, sesungguhnya al-Qur’an merupakan panduan utama bagi umat islam untuk kita jadikan panduan hidup.Al-Qur’an juga merupakan sumber utama untuk manusia mengetahui segala perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Oleh yang demikian, tidak mustahil mengapa Allah turut mencabar manusia dengan firmanNya di dalam al-Qur’an yang berbunyi :


“ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri. Sehingga jelaslah bagi mereka al-Qur’an itu adalah benar…”
(Fussilat 41:53)

Allah swt akan memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap penjuru dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa al-Qur’an itu adalah satu kebenaran. Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh al-Qur’an ratusan tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman yang akan datang bahawa al-Qur’an itu adalah satu kebenaran yang mutlak.

Ciptaan Planet Bumi dan Langit

“ Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah satu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

(al-Anbiya’ 21:30)

Melalui ayat al-Qur’an ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa pada awal penciptaan alam cekerawala ini telah berlakunya satu proses membelah bagi daripada satu unsur jirim yang satu. Selain daripada itu, pada awal penciptaan ala mini juga, pada awalnya adalah berpadu satu dan telah dipisahkan dengan kudrat Allah s.w.t , antara satu dengan yang lain melalui proses yang menyerupai letupan . Ibnu Kathir di dalam tafsirnya yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, mengatakan bahawa segala jenis hidupan di alam ini dijadikan daripada air.

Teori Ledakan Besar

“ The Big Bang Theory” (Teori Ledakan Besar) merupakan teori dari ahli sains barat, iaitu Einstein, yang mana telah menyatakan bahawa alam cekerawala yang ada hari ini merupakan hasil daripada ledakan dan daripada satu pusat. Selain daripada itu, teori ini turut mengatakan bahawa pada akhir zaman semua bahan-bahan di alam semesta ini akan bersatu semula di satu pusat yang sama atau dinamakan sebagai lubang hitam (black hole) . Allah s.w.t telah menggambarkan keadaan langit pada hari akhirat dalam firman-Nya yang bermaksud:


“ (Ingatlah), hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan…”
(al-Anbiya’ 21:104)


Keadaan langit pada hari akhirat itu digambarkan hampir sama dengan teori “menggulung langit”, yang telah di bawa oleh ahli astronomi Barat. Teori Barat ini menyatakan bahawa semua bahan di alam semesta akan kembali ke suatu pusat yang sama bernama “lubang hitam”. Firman Allah S.W.T :

“ …apakah Tuhanmu tidak cukup, bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.

( Fussilat 41 : 53)

Tidak semua ahli astronomi percaya kepada “teori letupan besar” ini. Namun begitu sesetengah daripada mereka percaya kepada “teori keadaan yang tidak berubah” (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti sedia kala, dan tidak berubah. Mereka juga turut menyatakan bahawa dunia ini tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahannya seperti yang dipercayai oleh kaum Dahriyyah sebelum kedatangan agama Islam.

Teori Ledakan Besar yang disarankan oleh Abee Lemaitre pada tahun 1920M, ini secara prinsipnya selaras dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Qur’an berkenaan dengan kejadian bumi dan langit. Apabila diteliti secara mendalam, akan terlihat bahawa terdapat perbezaan pendapat di antara para ahli sains. Namun begitu, al-Qur’an telah menjelaskan berkenaan dengan kejadian ini dengan terang dan tepat, yang mana telah termaktub di dalam Kitabullah semenjak 1400 tahun dahulu.




KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Manusia dan alam sekitar adalah ciptaan Allah kerana al-Qur’an telah menyatakan bahawa segala kejadian di muka bumi dan alam semesta adalah dengan iradatNya (kehendak Allah). Al-Qur’an turut menyatakan bahawa setiap apa yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini mempunyai peranan tersendiri.

Sebagaimana yang diketahui, bahawa hutan merupakan paru-paru bumi iaitu tempat di mana pelbagai hidupan tinggal, pohon-pohon kayu, binatang-binatang dan sebagainya yang tidak ternilai harganya bagi manusia. Demikian juga tanah sebagai tempat tinggal manusia, bercucuk tanam, membangun berbagai prasarana kehidupan dan lain-lain. Begitu juga penciptaan Allah yang lain yang merupakan komponen penting kepada kehidupan manusia untuk melancarkan lagi tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

Di sini dibawakan beberapa komponen penting dalam alam sekitar seterusnya memperjelaskan dengan lebih terperinci kepentingan hubungan manusia dan alam sekitar:

I. Manusia
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi.” Ayat ini menjelaskan paranan manusia di bumi ini sebagai khalifah yang akan memakmurkan dan mentadbir alam. Bersesuaian dengan kejadian manusia yang dicipta sebagai khalifah, Allah memperindahkan lagi kejadian manusia dengan menganugerahkan nikmat akal bagi membezakannya dengan makhluk lain.

Berpandukan akal dan ajaran Islam yang syumul, manusia menjalankan amanahnya sebagai khalifah di bumi yang tentunya besar dan berat. Dalam masa yang sama ia bukan sahaja menyempurnakan tanggungjawabnya terhadap Penciptanya sahaja, malah terhadap hubungannya dengan alam sekitar. Keperluan manusia untuk hidup di bumi ini memerlukan kepada kehadiran dan kewujudan komponen lain seperti tumbuhan, haiwan, air dan lain-lain.

II. Tumbuhan
Tumbuhan meliputi 27.6% keluasan permukaan bumi, merupakan komponen penting dalam menyeimbangi ekosistem di bumi. Fungsi tumbuhan amat penting untuk menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Di samping itu, menganugerahkan satu elemen yang penting untuk kehidupan komponen lain iaitu melepaskan oksigen ke udara yang hasilnya akan digunakan oleh manusia dan haiwan untuk proses bernafas (proses fotosintesis).

Tumbuhan juga berperanan sebagai pengukuh kepada struktur tanah dari kejadian tanah runtuh, hakisan dan menyerap air hujan yang seterusnya dapat mengurangkan kejadian banjir. Penanaman dan penjagaan tumbuhan digalakkan oleh Islam dan pengusaha akan mendapat pahala sedekah berdasarkan keterangan satu hadith.

III. Binatang

Selain berfungsi sebagai makanan, haiwan juga digunakan untuk kepentingan manusia seperti membajak, menunggang, membawa muatan dan lain-lain. Penganiayaan terhadap binatang adalah dilarang sama sekali berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud : “Seseorang wanita telah disiksa dan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh dia yang telah mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan.” Kita juga hendaklah berlaku adil terhadap binatang peliharaan atau binatang-binatang lain. Islam melarang sebarang aktiviti yang menggunakan binatang sebagai objek bersukaria dan pemuasan nafsu seperti berlawan sesame sendiri atau sasaran memanah. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir alam, manusia perlu menjaga hubungannya dengan haiwan supaya tidak berlaku kerosakan atau penganiayaan yang berleluasa terhadap kehidupan fauna ini.

IV. Bumi (tanah)/ matahari/ langit dan lain-lain

Komponen-komponen ini dijadikan oleh Allah untuk kemudahan manusia dan kegunaan komponen-komponen lain. Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang terdapat pada alam disebut di dalam al-Qur’an mafhumnya : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaannya diciptakan kamu dari tanah kemudian kamu menjadi manusia yang berkembang biak.” Kemudian Allah menyatakan tentang kejadian langit dan bumi yang padanya terdapat tanda-tanda serta pelbagai rahsia supaya manusia dapat berfikir dan mengungkap segala rahsia kejadian alam Ini merupakan sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan tentang kejadian komponen ini dan fungsi-fungsinya.

V. Air
Air berkepentingan untuk alam khususnya kepada manusia itu sendiri untuk bersuci dan beribadat, sebagai sumber minuman yang utama serta siraman kepada tumbuh-tumbuhan. Air tidak boleh disekat penggunaanya, ini adalah merujuk keada sebuah hadith yang bermaksud : “3 perkara yang tidak boleh disekat penggunaannya iaitu air, padang dan api.” Sekatan ini adalah dengan cara pengaliran dan pencemaran.

VI. Angin

Seterusnya Allah menerangkan fungsi kejadian angin sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebahagian dari rahmatNya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintahNya, mudah-mudahan kamu bersyukur.” Islam menegaskan larangan segala bentuk pencemaran berbentuk udara atau angin sama ada pencemaran bau atau asap/ gas. Ini adalah kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada system pernafasan manusia itu sendiri.


KONSEPSI ISLAM TERHADAP ALAM SEKITAR

“Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdo’alah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat kebajikan.”

Konsepsi Islam terhadap alam sekitar merupakan konsepsi tauhid. Islam membawakan tauhid dalam bentuknya yang paling murni. Dari sudut pandangan Islam, tidak ada yang seperti Allah, dan tidak ada yang menyamainya. Allah memiliki segala sifat yang baik dan bebas dari segala kekurangan :
“Allah memiliki segala Nama-nama Teragung.”

Dari sudut pandangan tauhid dan konsepsi Islam tentang alam sekitar merupakan ciptaan dan diurus oleh kehendak dan perhatian Allah. Lalu diciptakan manusia sebagai khalifah yang bertindak sebagai pemakmur dan penngurus kepada alam ini.Alam ini diciptakan tidak sia-sia atau bukan untuk senda-gurau. Dalam penciptaan manusia dan dunia tersirat pelbagai rahmat dan keuntungan. Sistem yang ada pada alam ini merupakan yang terbaik dan sempurna. Sistem ini memanifestasikan keadilan dan kebenaran, dan didasarkan pada serangkaian sebab dan akibat.


KESAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DAN ALAM

Manusia telah dianugerahkan oleh Allah dengan satu anugerah yang paling berharga iaitu akal fikiran yang membezakan haiwan dan manusia itu sendiri. Akal fikiran itulah yang menentukan penampilan imej manusia dan melaluinya manusia diberikan hidayah dan petunjuk Allah menerusi pemerhatian dan penghayatan kemajuan hidup yang kemudiannya akan menemui hakikat kebesaran Tuhan.

Dengan wujudnya reseach and development dapat membantu membangunkan kemajuan manusia mahupun alam sekeliling. Maka sebab itulah wujudnya tamadun-tamadun seperti tamadun Islam adalah merupakan kesan interaksi antara manusia dan alam. Kewujudan manusia sebagai khalifah dan tugasnya mentadbir dan mengurus alam ini tidak boleh dinafikan kewujudan hubungannya dengan alam. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga kesan-kesan terhadap alam yang terpaksa dieksploitasi demi pembangunan masyarakat sungguhpun untuk tujuan pengibadatan. Contohnya pembinaan masjid di sebuah kampung, terpaksa menebang pokok-pokok untuk membangunkan kawasan tersebut.

Selain kesan fizikal terhadap manusia, tidak boleh tidak alam turut terkesan dengan hubungan secara fitrah ini. Tetapi sama ada ia terkesan secara positif ataupun negative. Keperluan interaksi antara alam dan manusia ini adalah tidak boleh lari dari saling memerlukan antara sama lain. Kesan yang tidak boleh dinafikan adalah ekosistem terpelihara. Apabila berlaku proses kitaran hidupan membantu supaya ekosistem terpelihara. Contohnya putaran oksigen dan karbon dioksida yang melibatkan pernafasan manusia dan tumbuh-tumbuhan. Jika tidak ada tumbuhan sudah pasti tiada bekalan oksigen untuk manusia. Begitu juga jika tidak ada manusia, maka akan terganggu keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di bumi ini.

Apa yang dimaksudkan perlakuan manusia terhadap alam adalah memakmurkan kehidupan di dunia dan diarahkan kepada kebaikan di akhirat. Memang tidak boleh dinafikan manusia juga terkesan tetapi itu semua adalah berpunca daripada perlakuan manusia itu sendiri. Tetapi akal fikiran yang Allah berikan kepada manusia dan dengan kemampuannya untuk berfikir dapat meminimumkan kesan terhadap alam. Contohnya pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan pencemaran air dan lebih buruk lagi menyekat pengaliran air dan berlaku banjir.

Oleh itu, penerangan lebih lanjut tentang kesan hubungan ataupun interaksi antara manusia dan alam dalam ruangan ini dan lebih fokus kepada alam yang terkesan yang disebabkan perlakuan manusia yang tidak menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan.

Kesedaran manusia terhadap kerosakan di muka bumi dewasa ini makin menonjol, kesedaran ini tercermin dalam munculnya disiplin ilmu baru tentang lingkungan hidup (ekologi). Erti dari lingkungan hidup adalah tersedianya fasiliti untuk memenuhi standard hidup yang layak dengan mempertahankan kehidupan dan proses alami, kalau mungkin memperbaikinya. Dewasa ini orang merasakan bahwa lingkungan hidup mulai menurun kerana kerosakan dan pencemaran yang disebabkan manusia. Berjuta-juta hektar telah hilang sedangkan hutan dengan daunnya yang hijau menimbulkan iklim sejuk, udara segar kerana penuh oksigen. Akar-akarnya menjunam kukuh ke bumi untuk mempertahankan dari erosi air dan. angin. Demikian juga lautan dengan planktonnya merupakan sumber oksigen dan protein raksasa. Udara dengan lapisan ozonnya melindungi bumi dari pemanasan yang merosakkan.

Tuhan telah memberi tahu kita:
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia”
“Tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allab merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.”
(Ar-Rum : 41)

Para pemerhati lingkungan menyedari adanya kerosakan di darat dengan makin berkurangnya hutan tropika dan tanaman hijau sebagai sumber oksigen dan sumber air yang disebabkan penggundulan hutan yang diikuti erosi, banjir dan tanah longsor. Demikian juga telah terjadi kerosakan di laut, terutama hutan bakau yang menahan abrasi ombak laut, berkurangnya terumbu karang suatu ekosistem laut bagi ribuan jenis tumbuhan dan binatang plankton. Laut adalah pengeluaran 80%-90% oksigen dari plankton.

Kerosakan di udara kerana bertambahnya karbon dioksida dan berkurangnya ozon yang mengakibatkan permanasan bumi yang dapat mencairkan ais di kutub. Selain terjadinya kerosakan di darat dan laut juga terjadi kerosakan di udara karena pencemaran disebabkan makin banyaknya kepulan karbon dioksida dan berkurangnya oksigen yang disebabkan kerosakan hutan seperti penebangan dan pembakaran. Hal tersebut menyebabkan makin memanaskan bumi, yang dapat menyebabkan mencairnya kutub dan naiknya permukaan laut. Naiknya permukaan laut menyebabkan perubahan garis pantai dan tenggelamnya dataran rendah jadi firman Allah perlu sungguh-sungguh (jihad) mendapat perhatian kita untuk memperhatikan (syahada) dan perbuatan tangan yang merosak (fasad). Bumi yang terdiri dari daratan midan lautan diciptakan Allah dalam jutaan tahun telah mencapai suatu keseimbangan antara proses hayati dan non-hayati yang dapat memberi kemudahan dan kenyamanan hidup. Tetapi apabila keseimbangan ini terusik maka terjadilah kerosakan di muka bumi.


a) KEROSAKAN DI DARAT

Kerosakan bumi terutama terjadi kerana kerosakan penutup bumi yang berupa hutan dan tanaman lain seperti perkebunan. Meskipun sudah ada klasifikasi hutan seperti hutan produksi, hutan lindung, taman nasional dan hutan konversi pada praktik di lapangan terjadi banyak penyimpangan kerana cepatnya penebangan dibandingkan kemampuan, seperti perencanaan tebangan, penanaman kembali dan pengawasan serta hukuman apabila terjadi pelanggaran Program Hutan Tanaman Industri yang melakukan pembersihan lapangan kerana banyak dilakukan pembakaran sehingga terjadi polusi udara dengan asap vang mengganggu penerbangan dan negara tetangga.

Kerosakan di muka bumi terjadinya penurunan potensi hutan adalah terdiri dari erosi, banjir dan tanah longsor, disamping kerosakan lainnya seperti letusan gunung berapi. Letusan Gunung berapi merupakan fenomena alam, dimana sedikit campur tangan manusia. Pembahasan terutama dipusatkan pada fenomena di mana campur tangan manusia besar, iaitu erosi banjir dan tanah longsor. Di dalam Al-Qur'an tercatat dua peristiwa tentang bangsa Aitkah yang zalim terhadap Abi Syuai'b dan juga umat Nabi Nuh dengan banjirnya.

Tuhan memperingatkan bahwa manusia dilarang mengadakan kerosakan di muka bumi hal ini tercantum dalam surat Al-Baqarah ayat 205 yang melarang merosak tanaman, binatang ternak, dan menyebabkan kebinasaan. Hal ini terjadi kerana terputusnya mata rantai makanan atau oksigen atau air yang mengganggu salah satu faktor kehidupan. Umpama tercemarnya laut kerana tumpahan minyak bererti matinya plankton yang menjadi makanan binatang laut dari krustacea sampai ikan paus. Demikian juga berkurangnya produksi oksigen.

Dan apabila ia berpaling dari kamu ia berjalan di muka bumi untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allab tidak menyukai kebinasaan.

Dan Tuhan menjanjikan orang yang tidak berbuat kerosakan di muka bumi sebagai orang taqwa pada hari akherat. Hal ini tercantum dalam surat Al-Qasas ayat 83. Allah akan memberi pahala yang akan diterimanya di akhirat. Tetapi sebaliknya Allah akan memberi hukuman di akherat dan hukuman ini juga dirasakan di dunia, sebab kerosakan itu merugikan manusia sendiri.

Demikian juga Tuhan akan memberi pahala orang yang berbuat baik dan membalas orang yang berbuat jahat, hal ini tertuang di dalam surah Al-Qasas ayat 84 yang menghuraikan bahwa Allah akan memberi pahala kehidupan yang nyaman kerana iklim yang sejuk dan makanan yang cukup, selain pahala yang abadi yang akan diterima di akherat nanti.Tetapi apabila ia mengadakan kerosakan sama ada miliknya sendiri, milik orang lain atau milik Allah maka Allah akan memberi balasan yang setimpal.

Sejarah menunjukkan telah terjadinya kerosakan di muka bumi dan akan terulang apabila manusia tidak belajar dari sejarah dan bersikap masa bodoh. Manusia harus keluar dani kebodohan tersebut. Dalam surat Al-Hud ayat 116, Tuhan juga memerintahkan agar manusia saling melarang terhadap perosakan bumi meskipun hanya dilakukan oleh sebahagian kecil orang yang sedar sehingga manusia lainnya sedar sebelumnya terjerumus dalam kerosakan. Selain melarang dalam dunia moden dewasa ini perlu memberi penerangan dan memberi contoh dan menghukum agar tidak terulang dengan melalui peraturan-peraturan. Kerosakan di muka bumi mula-mula terjadi memang hanya di permukaan bumi, kalau Allah mendatangkan hujan dan menumbuhkan tanam-tanaman seperti hutan yang melindungi bumi dari curahan hujan yang merosak, maka tangan manusia merosak tanaman penutup dan pelindung bumi sehingga habis dijarah, ditebang dan dibakar, maka bumi menjadi rosak kerana erosi air hujan. Tanah terkikis dan terbawa air banjir. Dewasa ini masalah erosi dan banjir pada prinsipnya dapat dicegah atau paling tidak diminimakan dengan mengetahui proses terjadinya erosi.



b) EROSI

Erosi terjadi terutama di gunung-gunung kerana tanahnya miring sehingga mempercepatkan alian air hujan. Selain gunung mudah tererosi ia sesungguhnya daerah yang amat penting kerana hujan banyak turun di pergunungan. Hal tersebut disebabkan hawa atau awan yang mendung, terjadinya wap air ketika naik ke pergunungan kerana ketinggiannya terkena suhu yang dingin dan terkondensasi, maka jatuhlah ia menjadi titik hujan ke bumi. Hujan yang jatuh ke gunung ini apabila gunung tertutup dengan hutan, maka air tersebut tidak langsung memukul tanah, tetapi pepohon yang terdiri dari cabang dan daun, baru kemudian turun ke bumi dengan pelan yang kemudian masuk melalui celah-celah perakaran dan meresap ke dalam tanah menjadi air tanah. Air tanah ini kernudian terpancar sebagai mata air.

Banyak sekali ayat Al-Qur'an yang membicarakan tentang gunung ini dan mata air, umpamanya dalam surat An-Naaziat ayat 30-33. Di dalam Naziat ayat 30 dihuraikan Tuhan memancangkan gunung, memancarkan mata air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk manusia dan ternak. Tanaman ini akan melindungi gunung dan mata air untuk tidak tererosi, manusia dan ternak dapat menikmati, tetapi kalau tanaman rosak, gunung runtuh, mata air kering habis pulalah kenikmatan manusia.

c) BANJIR

Apabila hujan dicurahkan dari langit dan bumi tidak ada tanaman penutupnya, maka ia akan langsung mengalir di permukaan bumi berupa banjir, dan masuk ke sungai lalu meluap ke kanan kirinya dan menggenangi permukaan bumi kerana air tidak boleh mengalir ke laut karena sungai-sungai penuh sampah, atau meresap ke tanah kerana bumi tidak lagi poros menenggelamkan semua yang ada di permukaannya: manusia, binatang, rumah dan lain-lain. Dan banjir terbesar dalam sejarah dialami nabi Nuh di mana umatnya tenggelam, hanya nabi Nuh dengan orang-orang yang beriman yang selamat dengan naik perahu disertai pasangan-pasangan binatang.

“Maka kami bukakan pintu-pintu langit dengan air yang tercurah (12) Dan kami jadikan bumi memancarkan mata-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urasan yang sunggub telah ditetapkan (13) Dan kami angkut Nuh ke atas (babtera) yaq terbuat dari papan dan paku.”

d) KEROSAKAN DI LAUT

Kerana sebahagian besar manusia hidup di darat sehingga kurang memperhatikan laut pada hal laut sebagai produsen 80%-90% oksigen dan ikan, serta merupakan jalan penghubung dari daratan. Kerosakan di laut dapat terjadi kerana semua sungai akhirnya membuang airnya di laut, apabila sungai ini tercemar oleh bahan-bahan yang mengandungi elemen patogen atau penyakit yang dapat merosak kehidupan di laut dan mencemari ikan-ikan. Juga kerana dewasa ini laut tempat lalu lintas barang termasuk minyak bumi, maka tumpahan inipun akan mematikan kehidupan di laut. Demikian juga kerosakan langsung terhadap tumbuhan pantai seperti hutan bakau, juga kerosakan terumbu karang.

Di dalam Al-Qur'an surat An-Nah ayat 14 bahwa Tuhan telah menundukkan laut agar karnu dapat makan ikan, dan menghasilkan mutiara dan kerang perhiasan dan kamu berlayar mencari keuntungan.

“Dan Dialah Allah yang menundukkan laluan, agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar dan kamu mengeluarkan dan lautan itu perhiasan yang kamu pakai dan kamu melihat bahtera berlayar padanya supaya kamu mencari keuntungan dan supaya kamu bersyukur.”

Kerosakan di laut terutama terjadi di pantai, sedang kerosakan di laut lepas terjadi apabila ada penumpahan minyak dari tangki minyak yang kebanyakan insiden sifatnya. Kerosakan di pantai dapat terjadi kerana habitat tanaman pantai seperti terumbu karang akibat pencemaran sungai atau eksploitasi pantai yang tidak terkendali.

e) KEROSAKAN DI UDARA

Kerosakan di udara sebenarnya akibat dari kerosakan di bumi ialah kerosakan tanaman di daratan dan terumbu karang di laut. Pada dasarnya kerosakan di udara diakibatkan berkurangnya oksigen dan ozon yang menimbulkan kesan rumah kaca. Hal ini terjadi kerana sinar matahari langsung menembus ke bumi dan pantulan panas yang mengenai bumi dipantulkan lagi oleh lapisan karbon kembali ke bumi. Kenaikan suhu ini akan mencairkan lapisan ais di kutub dan menambah tinggi permukaan laut, akibatnya banyak kota besar-kecil akan tenggelam.


KESIMPULAN

Kerosakan di muka bumi terjadi kerana tanaman yang menjadi penutupnya seperti hutan rosak kerana aktiviti manusia, seperti penebangan kayu yang berlebihan melampaui batas, pencurian dan perambahan hutan. Penebangan yang berlebihan bersumber dari keserakahan manusia untuk cepat menjadi kaya. Kebodohan (jahil) ini kerapkali diumpamakan seperti ayam yang bertelur emas yang memberi hanya sebutir telor tiap hari. Kerana serakah orang ingin mengambil semua telurnya sekaligus dengan memotong ayamnya.

Pencurian kayu lebih parah lagi kerana si pencuri ingin mengambil dan menguasai yang bukan haknya baik dengan paksa dan kekerasan mahupun mencari kelengahan pemiliknya tidak peduli apakah pemiliknya perseorangan mahupun negara.

Kebodohan kerana kurang pengertian hukum alam dapat diatasi dengan pendidikan dan penerangan tentang pengurusan hutan yang baik, mahupun ditetapkannya standard tentang tujuan, usaha pencapaiannya dan prosedur standard operasinya. Yang sulitnya ialah faktor pencurian, perompakan yang bersumber dari perlawanan hukum yang berlaku. Untuk ini Al-Qur'an menyampaikan beberapa ayat seperti dalam surat Al-Maaidah ayat 33 dan surat Al-Baqarah ayat 188 dimana orang dibunuh atau dipotong kaki dan tangannya timbal balik. Ayat ini memang keras sekali dan bagi orang muslim dan mukmin cukup efektif.

Proses kehidupan di muka bumi terjadi secara alami’, tetapi proses kerosakan terjadi disebabkan tingkah laku manusia. Hal ini sudah diketahui semasa dialog Allah dengan malaikat yang mengatakan bahwa Allah akan menciptakan manusia Adam yang menurut malaikat akan membuat kerosakan sedangkan malaikat selalu memuji Allah tetapi Allah lebih mengetahui. Manusia memang dapat merosak dan memelihara bumi, merosak kerana kebodohan dan nafsu yang dewasa ini sudah disedari manusia yang pada umumnya sedar akan lingkungan hidupnya dan mulai melakukan usaha-usaha menghindarinya melalui pendidikan dan penghukuman. Seperti kerosakan di udara baik melalui asap dan hujan serta gejala pemanasan bumi sudah merupakan kepentingan Internasional. Juga sungai-sungai besar yang mengalir di beberapa negara sehingga untuk mengatasi kerosakan diperlukan kerjasama antar satu sama lain. Dan dalam Al-Qur'an hubungan antara manusia sama pentingnya dengan antara manusia dan Allah yang terdapat dalam surat Ah-Imron ayat 112.

“ Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alas an benar. Yang demikian disebabkan mereka derhaka dam melampaui batas.”

No comments: